Sunday, May 24, 2009

Wolverine.x men origins....


























He..he..hari sabtu ,23 mei 2009,lepas wa dan bini wa tgk Xmen origin, wolverine...memang best la cerita tu...puas hati la tgk, memang xtion pack betul la, dari 10 bintang wa bagi 10 bintang utk movie ni...he..he..


baru wa tau yg wolverine tu pernah kawin, dan hidup lebih dari 100 tahun....wow dasat tu, lebih 100 tahun tapi rambut masih lebat,uban pun takde... badan tough lagi...he.he...kalo ikut kan org umo 100 tahun dah kerepot dah ni pakai susuk adimantium la ni...lepas ni mesti ada bomoh nak komersil kan susuk adimantium ni...he..he..



Ye la pasal masa cerita tu, dia masuk askar , pastu dari perang zaman american civil war ( 1861-1865 ) kalo masa tu umo dia 18 tahun..skrang ni 2009 mesti la 148 tahun ( wa baru kira ni he..he..)


tapi wa admire betul la bodi hugh jackman.... mulai skrang, wa dah mula angkat 20 kilo dumbell sebyk 40 x, dan wa akan tingkat kan lagi pengambilan protein utk pertumbuhan otot he.he......lagi 6 bulan wa harap2 muscle wa cam muscle hugh jackman..wargh kah..kah....

Wednesday, May 20, 2009

Black Dog Bone....



























he..he.dah lama wa nak post topik ni kat blog, tapi agak bz la, jadi wa copaste jer la dari forum....
wa pergi istana budaya pada malam hari ahad 09/5/09...dgn ayah wa...he..he..bukan senang nak tgk konsert dgn ayah wa lepas ni wa plak gi tgk konsert Search di awan biru plak..he..he..,
terhibur jugak la dgn persembahan BDB malam tu....byk gak lagu2 best diorang, wa siap beli cd tu....carefree ( jay jay ) dan BDB .he.he...layan lagu2 80 an la plak.....retro..beb..he..he..kalo nak layan retro layan la sinar FM....
wa tetap minat sinar FM, walopun wa sepatut nye dgr X fresh.fm....he..he..he..


SELEPAS 30 tahun menghilang, kini mereka kembali dari Kota Singapura! Bagaikan tidak percaya apabila dapat menonton persembahan bertenaga daripada band Black Dog Bone (BDB) yang tampil dengan lagu-lagu hits seperti Si Gadis Ayu, Nasi Goreng, Bahagia dan Derita, Bila Rindu, Hatiku Luka Lagi, Dulu dan Sekarang dan Khayalan.Vokal penyanyi utamanya, Jatt tetap unggul dan mantap seperti dulu ibarat mendengar lagu nyanyiannya di dalam album ketika mengalunkan 18 buah lagu.Ditanya apakah rahsianya hingga masih mengekalkan vokalnya yang bertenaga, Jatt berkata dia tiada rahsia melainkan cintanya yang mendalam terhadap muzik.“Saya tidak mempunyai apa-apa rahsia kerana muzik merupakan ‘passion’ saya. Saya sebagai pemuzik dan penyanyi. Setiap kali membuat persembahan, saya pastikan hendak menghiburkan penonton apabila berada di atas pentas,” kata Jatt sejurus selesai pratonton Konsert BDB di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam






Selain Jatt, konsert selama 2 jam 20 minit ini turut disertai oleh Izzat (gitar), Masrom Ali (trompet dan valve trombone), Hamid Ahmad (bass), James Chai (tenor, saksofon, flute dan tamborine) dan Michael Heng (keyboard).Black Dog Bone (BDB) tampil dengan lagu-lagu hits seperti Si Gadis Ayu, Nasi Goreng, Bahagia dan Derita, Bila Rindu, Hatiku Luka Lagi, Dulu dan Sekarang dan Khayalan.Konsert yang menampilkan penyanyi Jay Jay dan pemain seruling Rahim Othman itu turut dibantu oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan yang dipimpin oleh pengarah muzik Mustafa Fuzer Nawi.Rata-rata penonton yang hadir pada malam tadi terpukau dan teruja dengan konsert itu sehingga ada yang tidak mahu meninggalkan tempat duduk masing-masing kerana menunggu Black Dog Bone untuk menyanyi lagi.“Saya rasa kami telah berikan 100 peratus yang termampu dan melihat penonton begitu terhibur walaupun ada sedikit kesalahan.“Memang pada mulanya kami menjangkakan untuk menyanyikan 20 buah lagu tetapi pada malam ini kami hanya boleh menyanyikan 18 buah lagu kerana masa yang terhad.BDB juga berjaya menggamatkan panggung sari dengan menjemput penonton menari bersama ketika mengalunkan lagu Joget Hati Jujur dan Joget Bujang Di Rantau.“Kami sudah sediakan kira-kira 27 buah lagu untuk dinyanyikan dalam masa tiga hari ini. Kami akan membuat pertukaran lagu pada setiap malam dan kadangkala akan mengikut lagu permintaan penonton.“Kalau mengikut peringkat umur saya, semua lagu susah untuk dinyanyikan tetapi saya cuba yang termampu dan terdaya. Semoga kesihatan saya sentiasa konsisten,” ujar Jatt.Dalam pada itu, Jay Jay pula yang terkilan kerana tidak dapat membuat persembahan dengan band Carefree berkata persembahan harus diteruskan kerana ini adalah punca rezekinya.“Walau apa pun terjadi, saya tetap akan menyanyi dan terus menyanyi..nyanyian merupakan punca rezeki saya,” kata Jay Jay yang tampil solo.






Dia telah menghiburkan penonton dengan persembahan mengasyikkan menerusi lagu Dendangan Laguku, Bayangan Tarimu, Cukuplah Sekali, Belaian Jiwa, Kini Baru Kau Sedar, Rindu Bayangan dan Joget Angan Tak Sudah.Cuma Jay Jay dilihat kurang bertenaga ketika menyanyikan lagu baru iaitu Permaisuriku.Tambah Jay Jay, dia telah menyediakan hampir 14 buah lagu dan akan menyanyikan tiga buah lagu baru.“Pada malam ini, saya hanya menyanyikan sebuah lagu baru. Mungkin di malam-malam yang lain, saya akan tukar-tukar lagu kerana tidak cukup masa untuk menyanyikan semua lagu baru itu.












lama tak update blog....















sejurus lepas selangor menang piala FA, wa gi bercuti, block leave ...first gi damai laut, then balik kg kat macang, kelate...he..he...gambar di atas, bersama Adam, kat bukit bunga...



































orait nanti wa update lagi...





Sunday, May 3, 2009

Selangor Juara Piala FA 2009

Team Selangor bergambar selepas menang piala FA...hero malam itu sudah tentu la h
Amri Yahya..anak kelahiran sungai besar....Selangor...





Safee Sali melompat girang selepas Selangor menang penalti , 25 April 2009...









Selangor melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Juara 1991, 1997, 2001 dan 2005 itu turut menambah gelaran Liga Malaysia musim 2009 ini selepas Piala Sultan Ahmad Shah, Januari lalu biarpun terpaksa mengikat Kelantan 1-1 sehingga 30 minit masa tambahan setelah kedua-duanya buntu jaringan dalam permainan sebenar 90 minit.
Skuad Wira Merah yang cuba merangkul gelaran sulung bola sepak utama tempatan sempat mendahului menerusi tandukan Nor Farhan Muhammad pada minit ke-92 namun ketua pasukan Gergasi Merah, Amri Yahyah menyamakannya, juga dengan tandukan minit ke-100.
Sepakan penentuan penalti Selangor disudahkan oleh Khairul Anuar Baharum, Nasriq Baharom, D. Surendran dan Safee Sali manakala dua sepakan pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak mengenai palang dan tinggi tersasar.
Di depan kira-kira 80,000 penonton, seawal minit kedua sudah menyaksikan Safee Sali dan R. Surendren terlepas tandukan ketika mencari gol awal daripada satu sepakan sudut D. Surendran setelah penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail terlebih dulu mendakap bola.
Safee, ayam tambatan Merah Kuning, pula mensia-siakan peluang kedua, empat minit kemudian dengan rembatan lambung kaki kiri yang sepatutnya lebih kuat kerana Shahrizan sudah terlajak ke depan.
Gergasi Merah tiba-tiba kelam-kabut di depan gawangnya pada minit ke-8 dengan asakan mengejut Si Kijang namun bek tengah, Nasriq Baharom berjaya meleraikan kegawatan itu dengan pantas merembat keluar.
Pembaziran peluang Kelantan berlaku pada minit ke-11 menerusi sepakan bebas sayap kirinya, Indra Putra Mahayuddin yang sekadar melambung tinggi, begitu juga rembatan Ahmad Ezrie Shafizie Sazali, 10 minit selepas itu.
Kesempatan terbaik untuk menebus kesilapan itu yang turut mengejutkan Selangor tiba pada minit ke-23 apabila rembatan kaki kanan Indra sempat menggegarkan palang ketika penjaga gol lawan, Hamsani Ahmad sudah pun tumpas.
Pada minit ke-52, Selangor mengorak langkah dengan asakan yang lebih meyakinkan lalu nyaris beroleh gol sulung jika tandukan ketua pasukan, Amri Yahyah lebih tajam dihala melepasi Shahrizan.
Merah Kuning sekali lagi berpeluang baik menerusi rembatan kaki kiri Rudie Ramli yang memusingkan badannya daripada sepakan bebas D. Surendran pada minit ke-68 namun Shahrizan masih tangkas membaca dan menangkapnya.
Kelantan sebaliknya enggan mengalah dengan tentangannya lalu minit ke-83 menyaksikan penyerangnya, Nor Farhan Muhammad yang diumpan Khalid Jamlus, meledakkan rembatan sebelum ditumbuk ke depan oleh Hamsani.
Gol yang ditunggu-tunggu kira-kira 50,000 penyokong Kelantan, dicipta dengan tandukan Nor Farhan pada minit ke-92 dengan menyudahkan umpanan lambung ketua pasukan, Badhri Radzi selepas mendapat tolakan Khalid dari sebelah kanan.
Bagaimanapun pesta kegembiraan dan kebingitan sorakan itu langsung lenyap lapan minit kemudian apabila ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah menanduk rendah daripada umpanan lambung kanan Surendran untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Malah Surendran hampir menjaringkan gol kemenangan Selangor menerusi rembatan deras kaki kanannya pada minit ke-113 yang bagaimanapun berjaya ditepis keluar Shahrizan dengan meyakinkan






Jadi Kalo ikutkan rekod dari tahun 1997 ..Selangor menang Piala FA setiap 4 tahun...jadi adakah lepas ni Selangor Menang pada tahun 2013...he..he..