Wednesday, May 20, 2009

Black Dog Bone....



























he..he.dah lama wa nak post topik ni kat blog, tapi agak bz la, jadi wa copaste jer la dari forum....
wa pergi istana budaya pada malam hari ahad 09/5/09...dgn ayah wa...he..he..bukan senang nak tgk konsert dgn ayah wa lepas ni wa plak gi tgk konsert Search di awan biru plak..he..he..,
terhibur jugak la dgn persembahan BDB malam tu....byk gak lagu2 best diorang, wa siap beli cd tu....carefree ( jay jay ) dan BDB .he.he...layan lagu2 80 an la plak.....retro..beb..he..he..kalo nak layan retro layan la sinar FM....
wa tetap minat sinar FM, walopun wa sepatut nye dgr X fresh.fm....he..he..he..


SELEPAS 30 tahun menghilang, kini mereka kembali dari Kota Singapura! Bagaikan tidak percaya apabila dapat menonton persembahan bertenaga daripada band Black Dog Bone (BDB) yang tampil dengan lagu-lagu hits seperti Si Gadis Ayu, Nasi Goreng, Bahagia dan Derita, Bila Rindu, Hatiku Luka Lagi, Dulu dan Sekarang dan Khayalan.Vokal penyanyi utamanya, Jatt tetap unggul dan mantap seperti dulu ibarat mendengar lagu nyanyiannya di dalam album ketika mengalunkan 18 buah lagu.Ditanya apakah rahsianya hingga masih mengekalkan vokalnya yang bertenaga, Jatt berkata dia tiada rahsia melainkan cintanya yang mendalam terhadap muzik.“Saya tidak mempunyai apa-apa rahsia kerana muzik merupakan ‘passion’ saya. Saya sebagai pemuzik dan penyanyi. Setiap kali membuat persembahan, saya pastikan hendak menghiburkan penonton apabila berada di atas pentas,” kata Jatt sejurus selesai pratonton Konsert BDB di Istana Budaya, Kuala Lumpur, semalam






Selain Jatt, konsert selama 2 jam 20 minit ini turut disertai oleh Izzat (gitar), Masrom Ali (trompet dan valve trombone), Hamid Ahmad (bass), James Chai (tenor, saksofon, flute dan tamborine) dan Michael Heng (keyboard).Black Dog Bone (BDB) tampil dengan lagu-lagu hits seperti Si Gadis Ayu, Nasi Goreng, Bahagia dan Derita, Bila Rindu, Hatiku Luka Lagi, Dulu dan Sekarang dan Khayalan.Konsert yang menampilkan penyanyi Jay Jay dan pemain seruling Rahim Othman itu turut dibantu oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan yang dipimpin oleh pengarah muzik Mustafa Fuzer Nawi.Rata-rata penonton yang hadir pada malam tadi terpukau dan teruja dengan konsert itu sehingga ada yang tidak mahu meninggalkan tempat duduk masing-masing kerana menunggu Black Dog Bone untuk menyanyi lagi.“Saya rasa kami telah berikan 100 peratus yang termampu dan melihat penonton begitu terhibur walaupun ada sedikit kesalahan.“Memang pada mulanya kami menjangkakan untuk menyanyikan 20 buah lagu tetapi pada malam ini kami hanya boleh menyanyikan 18 buah lagu kerana masa yang terhad.BDB juga berjaya menggamatkan panggung sari dengan menjemput penonton menari bersama ketika mengalunkan lagu Joget Hati Jujur dan Joget Bujang Di Rantau.“Kami sudah sediakan kira-kira 27 buah lagu untuk dinyanyikan dalam masa tiga hari ini. Kami akan membuat pertukaran lagu pada setiap malam dan kadangkala akan mengikut lagu permintaan penonton.“Kalau mengikut peringkat umur saya, semua lagu susah untuk dinyanyikan tetapi saya cuba yang termampu dan terdaya. Semoga kesihatan saya sentiasa konsisten,” ujar Jatt.Dalam pada itu, Jay Jay pula yang terkilan kerana tidak dapat membuat persembahan dengan band Carefree berkata persembahan harus diteruskan kerana ini adalah punca rezekinya.“Walau apa pun terjadi, saya tetap akan menyanyi dan terus menyanyi..nyanyian merupakan punca rezeki saya,” kata Jay Jay yang tampil solo.






Dia telah menghiburkan penonton dengan persembahan mengasyikkan menerusi lagu Dendangan Laguku, Bayangan Tarimu, Cukuplah Sekali, Belaian Jiwa, Kini Baru Kau Sedar, Rindu Bayangan dan Joget Angan Tak Sudah.Cuma Jay Jay dilihat kurang bertenaga ketika menyanyikan lagu baru iaitu Permaisuriku.Tambah Jay Jay, dia telah menyediakan hampir 14 buah lagu dan akan menyanyikan tiga buah lagu baru.“Pada malam ini, saya hanya menyanyikan sebuah lagu baru. Mungkin di malam-malam yang lain, saya akan tukar-tukar lagu kerana tidak cukup masa untuk menyanyikan semua lagu baru itu.












No comments: